? ??????????????Dark Tree? ????? ?? ???Rating: 4.2 (18 Ratings)??76 Grabs Today. 16672 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Flowers Bloom? ????? ?? ???Rating: 4.4 (5 Ratings)??29 Grabs Today. 6675 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Simply Blue? ? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

My Playlist

Tuesday, September 8, 2009

Mesej daripada Si Along Cantik kepada Si Adik Cantik Jelita

Kadang-kadang hati merintih derita,
Jiwa menangis sedih,
akal mengeluh letih,

Namun,
Hakikat hidup takkan berubah,
yang perlu diubah,
adalah diri yang menghadapinya,

Hati memilih jalan,
akal memulakan langkah,
dan,
Iman meluruskan arah,

Moga kasih Allah bersamamu,
Semoga kejayaan milik bersama..


Si Cantik dan Si Jelita...
left: Si Cantik dan Si Comel
right: Si Cantik dan Si Gatal

Thursday, September 3, 2009

Aku Kepenatan Hari Ini...

Pagi tadi aku dah rancang tak nak tidur lepas subuh nanti...Tapi mata aku kuyu jek..Aku terlalu ngantok..Kalau tidur takut lambat nak ke kelas.. Kawan aku nasihat jangan tidur.. Sebab aku sering turun lambat.. Tapi aku tak dapat melakukannya.. Aku akan tidur ju akhirnya.. Tak tahulah ape nak jadi dengan perangai aku ni.. Makin lame bukan bertambah baik.. Tapi makin teruk pulak jadinya..

Aku cube atasi masalah ni.. Aku buat jadual harian mengikut keperluan aku.. Tapi tetap gagal melakukannya.. Lepas ni tak tahulah nak buat macam mane lagi.. Tapi takpe sebab aku bukan seseorang yang mudah berputus asa.. InsyaAllah aku akan berjaya jua akhirnya..Tapi macam mana ya??Emmm...Mungkin boleh cuba sekali lagi??It's maybe..

Ok.. sambung cerita.. Lepas kuliah.. Aku dengan kawan-kawan aku pergilah ke Muzium Seni Asia untuk menyiapkan tugasan seminar dan penerbitan.. Di sana, kami buat lah kerja-kerja yang perlu dilakukan.. Macam-macam tadi aku belajar.. Sampai Pak cik guard tu kata "ni mesti tak penah buat surat"..hehe..Tapi takpelah..Buat ape nak ambil hati atau menyesal.. Belajar dari kesilapan ok..

Ok..lepas habis kerja aku balik ke asrama..Tidur terus..Lepas tu malam aku ke bilik kawan menyiapkan tugasan terminologi.. Aku agak berpuas hatilah sebab banyak juga kerja-kerja analisis yang dilakukan.. Untuk analisis data semua telah disiapkan.. InsyaAllah pada perjumpaan berikutnya tugasan tersebut bakal disiapkan..

Ok.. sampai di sini sahaja cerita untuk hari ini..Selamat Malam..

Monday, August 31, 2009

Bangkit Dari Tidur..

Selepas buat assignment 3d kat bilik kawan aku tadi. Aku rase letih yang teramat sangat. Sampai jek bilik aku tengok cerita Princess Hour. Relaxkn otak yang sedang runsing. Lepas jek buka, aku solat. Terus beradu di katil yang sedang menanti. Tiba-tiba aku tersedar dan terus bangkit dari tidur. Ade bibit-bibit kekesalan di situ. Banyak kerja yang telah dirancang tidak dapat dilaksanakan pada waktu yang telah ditetapkan. Sepatutnya malam ni buat assignment terminologi. Disebabkan kepenatan, aku menagguhkannya.

Aku terus turun dari katil dan tanpa membuang masa aku terus mandi bagi menyegarkan dan menyedarkan diri. Aku solat Isyak. Rase ketenangan di situ. Aku terus melakukan kerja tanpa membuang masa. Namun, kerja-kerja yang dilakukan tidak dapat dilakukan dengan baik. Kuliah sudah masuk minggu kelapan. Assignment masih terkontang-kanting. Buku dan nota masih belum tersentuh.

Aku semakin bingung dan tension. Mungkin terlalu fokus dan banyak berfikir. Pensyarah aku kata study smart itu bagus. Tapi, dengan keadaan diri yang selalu 'gabra' dengan kerja yang dilakukan, aku tidak dapat melakukannya dengan baik. Aku tidak tahu ape yang patut dibuat lagi.

Sunday, August 30, 2009

Selamat Menyambut Hari Merdeka...

Salam utk semua....

Dah 52 Tahun kita merdeka.
So, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-52.
hehe..

Saturday, August 29, 2009

Coretan di Minda

Salam untuk sume..

Arini aku keletihan + runsing dengan assignment yang menanti untuk diterokai. Kuliah dh masuk mggu ke-8. Tapi progress masih belum memuaskan hati. Senarai tugasan:

1. Dialektologi
-bace buku mengenai dialek
-pastu amek isi2 penting masukkan dlm pengenalan
-edit transkripsi fonetik
-Tanya kepastian pd Prof.
-ok settle

2. Terminologi
-edit bahagian objektif kajian, bahan kajian,
permasalahan kajian n metodologi kajian
-grup discussion hari Isnin (31 Ogos 2009), kat
bilik fiza. Analisis kata
-jmpe Dr.Putri
-ok settle

3. Bm n Multimedia
-siapkan banner
-mulakan cara hasilkan kad ucapan, poster n
banner
-cari idea untuk flash!!arrgghhh...perkara yg
merunsingkan ak..usaha2..xde masalah yg xdpt
diselesaikan. Rindu mak ayah..huhuhu..nk blik..
xpe sabar2..lg 3 mggu nk blik..baju adik2 xciap
lg..waaarrrgghh..xpe2..blik bt cpt2..ayah pesan
jgn buang masa..
-ok settle

4. Pameran n Organisasi
-Surat pembentang sume dh siap
-p muzium utk draf surat peserta pulak
-mesti p mggu ni jugak!!!mesti!!!

5. 3D
-laporan dh ok, slide dh ciap, so cari bibbliografi secepat mgkin
-buat rangka (esk kat blik jaja)
-ok settle

6. Asas Pengajian Islam
-bahan ak dh cari, t pun ade. Tajuk inai, dh
confirm.So, buat grup discussion
cepat2...Emmm...selasa lh ya kwn2..
-ok settle

Jadual dh ade.. so, tugasan perlu dijalankan secara sistematik..
YA ALLAH BANTULAH AKU DAN KAWAN-KAWANKU DALAM MENYIAPKAN ASSINGMENT2 YANG DIBERIKAN YA ALLAH..AMIN..

Chiayok2!!!!uya...bangkitlah daripada penyakit malas. Ingatlah bahawa malas merupakan penyakit yang sangat bahaya!!!ok2..mulakan kerja...kerja2...lalalalala......

Tuesday, August 25, 2009

Mengapa WANITA Sangat Istimewa...

Mama dan Papa sedang menonton TV...

mama berkata. "..i letihla..dah lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...

sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....
salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh...ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....

pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kain lap je lah...tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...baru teringat tak solat lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check...baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsema...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak..telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...
ternampak pulak beg g keje...emm..besok nak pakai beg polo coklat lah,asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yangtertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...
Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata naktido.."....
"..yelah nak tido la ni..nak solat jap..."
masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis pulak tu...adoi..gosok gigi...solat...pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu...bukak almari...emmm...pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ..g dapur, basuh...sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam bakul baju kotor...ok settle..
dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk kebilik...owh...pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok,siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyaknya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi....ok dah ...
ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tghmalam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...
aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha,ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..ahh...boring...panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkanmata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...
papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola puntakde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....
So?....apa yang peliknya..??Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....setiap wanita adalah istimewa dengan cara mereka sendiri...Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailahmereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

Monday, August 24, 2009

MENARIK!!!

SEJARAH KENTOT..

Pooot, preet, prengg, ka-pisshh, creett....oppsss!!!hehe..sekadar nk kgsi pengetahuan..

KENTOT???Dari mana datangnya gas kentut?
Gas ini datangnya dari beberapa punca iaitu udara yang dihirup, udara yang meresap ke perut dari darah, gas yang terhasil dari reaksi kimia dalam perut dan gas yang dihasilkan oleh bakteria yang tinggal di dalam perut.

Apakah yang membuatkan kentut busuk?
Bau kentut yang terdiri daripada sejumlah campuran gas hidrogen sulfida dan mercaptan. Lebih banyak pengambilan diet yang terdiri daripada sulfur, lebih banyak sulfida dan mercaptans akan dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan lebih busuk bau kentut. Contoh: telur rebus. Kekacang akan menghasilkan kentut kurang busuk tetapi dalam jumlah yang besar.

Kenapa kentut menghasilkan bunyi?
Bunyi terhasil disebabkan getaran di pembukaan dubur. Kekuatan bunyi bergantung kepada kelajuan pelepasan gas dan keketatan otot di dubur. Bunyi kentut bukan terjadi disebabkan penggeleparan (flapping) pepipi punggung. Ini adalah suatu kesilapan.

Kenapa kentut yang busuk selalunya lebih panas dan senyap daripada kentut biasa?
Kebanyakkan kentut adalah daripada hirupan udara yang terdiri daripada nitrogen dan karbon dioksida. Oksigen pula diserap sebelum mencapai pembukaan dubur. Gas ini tidak berbau walaupun melalui bahagian yang kotor di dalam perjalanannya ke pembukaan dubur. Ianya keluar dalam bentuk seperti bebola (bubbles) yang besar dalam suhu tubuh. Seseorang boleh mencapai bunyi yang baik (pitching tak lari) dengan cara ini. Suatu lagi ialah kentut yang dihasilkan oleh tindakan bakteria. Pembiakan dan proses penghadaman oleh bakteria menghasilkan haba dan pelbagai jenis gas yang tidak enak. Bebola gas yang dihasilkan lebih kecil, panas dan mempunyai kandungan hasil proses tadi yang busuk yang lebih tinggi. Inilah yang dinamakan kentut yang nakal, panas, Silent-But-Deadly, jumlah yang terlalu kecil untuk menghasilkan bunyi tetapi mempunyai bau yang hebat.

Berapa kali seseorang itu kentut sehari?
Secara puratanya, seseorang boleh menghasilkan setengah liter gas kentut sehari yang dibahagikan kepada lebih kurang empat belas kentut sehari. Walaupun agak sukar untuk menyukat isipadu kentut yang dihasilkan, mengira bilangan kentut dalam sehari adalah lebih mudah.

Berapa lama tempoh yang diambil untuk kentut kita dihidu oleh orang lain?
Kentut tersebar bergantung kepada faktor atmosfera seperti kelembapan, suhu, kelajuan angin dan arahnya, berat molekul kentut itu dan jarak antara pengeluar dan penerima. Jika tidak dikesan dalam tempoh beberapa saat, ianya akan hilang ke persekitaran. Namun ianya terkecuali jika perlepasan dilakukan dalam ruang yang kecil dan tertutup seperti di dalam lif, kereta atau bilik yang kecil. Tempat-tempat ini menghalang penyerapan ke persekitaran dan akan kekal berbau untuk tempoh yang agak lama sehingga diserap oleh dinding-dinding.

Kenapa ada sela masa 13-20 saat antara pelepasan dan pengesanan bau oleh hidung?
Sebenarnya kentut berbau semenjak ianya keluar lagi, tetapi mengambil masa beberapa ketika untuk dihidu oleh pengentut itu sendiri. Jika kentut boleh bergerak dengan kelajuan bunyi, maka kita boleh bau pada masa yang sama kita kentut.

Adakah benar sesetengah orang tak pernah kentut?
Tidak benar selagi mereka hidup. Manusia juga kentut sejurus selepas mati.

Adakah lelaki kentut lebih banyak dari perempuan?
Tidak, wanita kentut lebih kurang bilangannya dengan lelaki. Cuma lelaki lebih berbangga apabila kentut .Bilangan kentut antara individu mungkin berbeza tetapi ianya tiada kaitan dengan jantina. Jika seseorang wanita itu kurang kentut, maknanya dia lebih rajin menyimpan kentut dan melepaskan dengan isipadu gas yang lebih banyak per kentut.

Adakah kentut lelaki lebih teruk baunya dari kentut perempuan?
Kajian saintifik menunjukkan kandungan kentut perempuan mempunyai konsentrasi gas berbau yang lebih tinggi dari lelaki. Tetapi kentut lelaki mempunyai isipadu yang lebih besar. Ini akan menyamakan kedudukan lelaki dan perempuan yakni bilangan molekul bau yang sama bagi keduanya.

Bilakah seorang lelaki itu boleh jadi dia kentut?
Seorang lelaki sejati akan kentut pertama kalinya diwaktu pagi di dalam bilik air. Jika ianya menghasilkan resonance (dengungan) yang baik, satu rumah akan dengar.

Mengapa kekacang membantu seseorang itu kentut?
Kekacang mengandungi gula yang tidak boleh dihadamkan iaitu raffinose, stachise dan verbacose. Apabila sampai diusus, bakteria akan berpesta makan dan menghasilkan gas yang banyak.Bahan lain ialah seperti jagung, kobis, susu, roti, telur, bir dan kismis. Manusia tidak mampu untuk menghadamkan susu kerana intolerance terhadap laktosa dan produk tenusu mampu menghasilkan kentut yang banyak.

Adakah betul kentut boleh menyalakan api?
Betul, tetapi banyak orang cedera dalam proses ini. Bukan sahaja api boleh menyambar kedalam punggung, malah pakaian sendiri j uga boleh terbakar. Dalam suatu kajian dalam laman web Fartcloud, lebih kurang suku daripada bilangan orang yang cuba menyalakan kentut cedera terbakar. Ianya merupakan sesuatu perbuatan merbahaya. Jangan dicuba, anda tentu tak mahu, di hari kematian anda orang ketawa menyatakan anda mati kerana cuba untuk menyalakan kentut dengan api.

Adakah orang yang mencari rezeki dengan kentut?
Ada . Pernah tengok 'Just For Laugh' di saluran NTV7 tak lama dulu. Persembahan pentas dimana seorang lelaki menghasilkan lagu klasik dengan kentut.

Adakah kura-kura kentut?
Ya, semua binatang kentut. Kura-kura juga kentut dan bau kentut kura-kura sangat teruk. Begitu juga dengan ular. Ular Sonoran Coral dan Western Hook-Nosed kentut dengan bunyi popping yang kuat apabila diganggu. Kebanyakkan reptilia menggunakan kentut sebagai suatu senjata.

Haiwan apakah yang mempunyai pengeluaran kentut yang paling tinggi?Percaya atau tidak, binatang yang mempunyai gelaran ini ialah anai-anai. Kerana diet pemakanan dan proses penghadaman dengan bantuan bakteria yang lebih banyak dari biasa, mereka menghasilkan metana sama banyak dengan yang dihasilkan oleh industri. Juga dipercayai anai-anai turut menyumbang kepada pemanasan global.

Bolehkan kita menelan asap dan mengeluarkan semula melalui kentut?
Tidak, asap terdiri daripada zarah yang terampai. Apabila melalui sistem penghadaman, zarah-zarah akan diserap oleh dinding perut atau larut dalam cairan.

Bolehkah kita meninggalkan kesan kuning atau coklat pada seluar setelah kita kentut?
Boleh! Ianya dipanggil "seni kentut" (fart art). Ia boleh dilakukan dengan cara apabila:a) Pengentut menghidap cirit-biritb) Pengentut cuba mengentut dengan sekuat hati (awas! - buasir)c) Pengentut keliru dengan tekanan dalam perut samada ianya tekanan daripada gas atau cairan.Bagaimanakah kita boleh tahu benda yang hendak keluar itu adalah gas, dan bukannya benda yang lebih hebat?Sebenarnya kita boleh membezakannya kerana telah dilatih sejak kecil lagi. Sensasi yang ingin keluar dapat dibezakan dengan mudah.

Adakah dengan menghidu bau kentut orang lain, kentut kita akan menjadi lebih busuk?
Tidak, kentut yang dihidu akan ke paru-paru daripada sistem penghadaman, dan ianya akan dikeluarkan semula. Jika anda mahu, cubalah telan gas kentut orang lain.

Adakah kentut mampu membunuh?
Menurut pendapat perubatan, kentut tidak boleh membunuh. Tetapi menurut suatu sumber, dalam Perang Dunia ke-2, Tentera Udara US menganggarkan sebanyak 1000-2000 orang mati disebabkan kentut. Ini disebabkan pesawat pengebom B-17 tidak ditekanankan (pressurized), jadi apabila ianya beroperasi dalam 20000 kaki, gas akan mengembang dan memecahkan intestine mereka.

Apakah yang menyebabkan rasa pedih selepas kentut?
Makanan yang pedas dan berempah.

Bolehkah kita menyimpan gas kentut didalam balang/bekas plastik?
Ini memerlukan eksperimen dilakukan oleh anda sendiri. Sila kentut dalam balang. Selepas 24 jam sila cuba mendapatkan orang lain untuk menghidunya. Seeloknya ahli keluarga yang lebih tua. Kalau kena lempang tu adalah...

Jika kita berada di angkasa lepas tanpa sebarang pakaian, adakah dengan kentut kita boleh bergerak kehadapan?
Ya! kerana ketiadaan daya yang melawan atau daya geseran.

Adakah pelik bagi seseorang itu suka akan kentut?
Ianya sesuatu yang biasa bagi seseorang itu untuk suka kentut memandangkan semua orang kentut. Menyukai sesuatu adalah perkara yang sihat. Jika ianya memberikan masalah dan kemurungan, sila berjumpa dengan doktor.

Jika kita kentut dalam kolam, adakah airnya akan tercemar?
Selagi yang keluar adalah gas dan bukannya benda lain, ianya bersih. Ianya gas dan akan keluar dalam bentuk buih dan meresap kedalam udara.