Monday, August 31, 2009
Bangkit Dari Tidur..
Posted by Mienuya... at 10:58 AM 0 comments
Sunday, August 30, 2009
Selamat Menyambut Hari Merdeka...
Salam utk semua....
Dah 52 Tahun kita merdeka.
So, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-52.
hehe..
Posted by Mienuya... at 11:00 PM 0 comments
Saturday, August 29, 2009
Coretan di Minda
Salam untuk sume..
Arini aku keletihan + runsing dengan assignment yang menanti untuk diterokai. Kuliah dh masuk mggu ke-8. Tapi progress masih belum memuaskan hati. Senarai tugasan:
1. Dialektologi
-bace buku mengenai dialek
-pastu amek isi2 penting masukkan dlm pengenalan
-edit transkripsi fonetik
-Tanya kepastian pd Prof.
-ok settle
2. Terminologi
-edit bahagian objektif kajian, bahan kajian,
permasalahan kajian n metodologi kajian
-grup discussion hari Isnin (31 Ogos 2009), kat
bilik fiza. Analisis kata
-jmpe Dr.Putri
-ok settle
3. Bm n Multimedia
-siapkan banner
-mulakan cara hasilkan kad ucapan, poster n
banner
-cari idea untuk flash!!arrgghhh...perkara yg
merunsingkan ak..usaha2..xde masalah yg xdpt
diselesaikan. Rindu mak ayah..huhuhu..nk blik..
xpe sabar2..lg 3 mggu nk blik..baju adik2 xciap
lg..waaarrrgghh..xpe2..blik bt cpt2..ayah pesan
jgn buang masa..
-ok settle
4. Pameran n Organisasi
-Surat pembentang sume dh siap
-p muzium utk draf surat peserta pulak
-mesti p mggu ni jugak!!!mesti!!!
5. 3D
-laporan dh ok, slide dh ciap, so cari bibbliografi secepat mgkin
-buat rangka (esk kat blik jaja)
-ok settle
6. Asas Pengajian Islam
-bahan ak dh cari, t pun ade. Tajuk inai, dh
confirm.So, buat grup discussion
cepat2...Emmm...selasa lh ya kwn2..
-ok settle
Jadual dh ade.. so, tugasan perlu dijalankan secara sistematik..
YA ALLAH BANTULAH AKU DAN KAWAN-KAWANKU DALAM MENYIAPKAN ASSINGMENT2 YANG DIBERIKAN YA ALLAH..AMIN..
Chiayok2!!!!uya...bangkitlah daripada penyakit malas. Ingatlah bahawa malas merupakan penyakit yang sangat bahaya!!!ok2..mulakan kerja...kerja2...lalalalala......
Posted by Mienuya... at 10:08 AM 0 comments
Tuesday, August 25, 2009
Mengapa WANITA Sangat Istimewa...
mama berkata. "..i letihla..dah lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...
sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....
salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh...ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....
pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kain lap je lah...tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...baru teringat tak solat lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check...baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsema...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak..telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...
Posted by Mienuya... at 1:45 AM 0 comments
Monday, August 24, 2009
MENARIK!!!
Pooot, preet, prengg, ka-pisshh, creett....oppsss!!!hehe..sekadar nk kgsi pengetahuan..
KENTOT???Dari mana datangnya gas kentut?
Gas ini datangnya dari beberapa punca iaitu udara yang dihirup, udara yang meresap ke perut dari darah, gas yang terhasil dari reaksi kimia dalam perut dan gas yang dihasilkan oleh bakteria yang tinggal di dalam perut.
Apakah yang membuatkan kentut busuk?
Bau kentut yang terdiri daripada sejumlah campuran gas hidrogen sulfida dan mercaptan. Lebih banyak pengambilan diet yang terdiri daripada sulfur, lebih banyak sulfida dan mercaptans akan dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan lebih busuk bau kentut. Contoh: telur rebus. Kekacang akan menghasilkan kentut kurang busuk tetapi dalam jumlah yang besar.
Kenapa kentut menghasilkan bunyi?
Bunyi terhasil disebabkan getaran di pembukaan dubur. Kekuatan bunyi bergantung kepada kelajuan pelepasan gas dan keketatan otot di dubur. Bunyi kentut bukan terjadi disebabkan penggeleparan (flapping) pepipi punggung. Ini adalah suatu kesilapan.
Kenapa kentut yang busuk selalunya lebih panas dan senyap daripada kentut biasa?
Kebanyakkan kentut adalah daripada hirupan udara yang terdiri daripada nitrogen dan karbon dioksida. Oksigen pula diserap sebelum mencapai pembukaan dubur. Gas ini tidak berbau walaupun melalui bahagian yang kotor di dalam perjalanannya ke pembukaan dubur. Ianya keluar dalam bentuk seperti bebola (bubbles) yang besar dalam suhu tubuh. Seseorang boleh mencapai bunyi yang baik (pitching tak lari) dengan cara ini. Suatu lagi ialah kentut yang dihasilkan oleh tindakan bakteria. Pembiakan dan proses penghadaman oleh bakteria menghasilkan haba dan pelbagai jenis gas yang tidak enak. Bebola gas yang dihasilkan lebih kecil, panas dan mempunyai kandungan hasil proses tadi yang busuk yang lebih tinggi. Inilah yang dinamakan kentut yang nakal, panas, Silent-But-Deadly, jumlah yang terlalu kecil untuk menghasilkan bunyi tetapi mempunyai bau yang hebat.
Berapa kali seseorang itu kentut sehari?
Secara puratanya, seseorang boleh menghasilkan setengah liter gas kentut sehari yang dibahagikan kepada lebih kurang empat belas kentut sehari. Walaupun agak sukar untuk menyukat isipadu kentut yang dihasilkan, mengira bilangan kentut dalam sehari adalah lebih mudah.
Berapa lama tempoh yang diambil untuk kentut kita dihidu oleh orang lain?
Kenapa ada sela masa 13-20 saat antara pelepasan dan pengesanan bau oleh hidung?
Sebenarnya kentut berbau semenjak ianya keluar lagi, tetapi mengambil masa beberapa ketika untuk dihidu oleh pengentut itu sendiri. Jika kentut boleh bergerak dengan kelajuan bunyi, maka kita boleh bau pada masa yang sama kita kentut.
Adakah benar sesetengah orang tak pernah kentut?
Tidak benar selagi mereka hidup. Manusia juga kentut sejurus selepas mati.
Adakah lelaki kentut lebih banyak dari perempuan?
Tidak, wanita kentut lebih kurang bilangannya dengan lelaki. Cuma lelaki lebih berbangga apabila kentut .Bilangan kentut antara individu mungkin berbeza tetapi ianya tiada kaitan dengan jantina. Jika seseorang wanita itu kurang kentut, maknanya dia lebih rajin menyimpan kentut dan melepaskan dengan isipadu gas yang lebih banyak per kentut.
Adakah kentut lelaki lebih teruk baunya dari kentut perempuan?
Kajian saintifik menunjukkan kandungan kentut perempuan mempunyai konsentrasi gas berbau yang lebih tinggi dari lelaki. Tetapi kentut lelaki mempunyai isipadu yang lebih besar. Ini akan menyamakan kedudukan lelaki dan perempuan yakni bilangan molekul bau yang sama bagi keduanya.
Bilakah seorang lelaki itu boleh jadi dia kentut?
Seorang lelaki sejati akan kentut pertama kalinya diwaktu pagi di dalam bilik air. Jika ianya menghasilkan resonance (dengungan) yang baik, satu rumah akan dengar.
Mengapa kekacang membantu seseorang itu kentut?
Kekacang mengandungi gula yang tidak boleh dihadamkan iaitu raffinose, stachise dan verbacose. Apabila sampai diusus, bakteria akan berpesta makan dan menghasilkan gas yang banyak.Bahan lain ialah seperti jagung, kobis, susu, roti, telur, bir dan kismis. Manusia tidak mampu untuk menghadamkan susu kerana intolerance terhadap laktosa dan produk tenusu mampu menghasilkan kentut yang banyak.
Adakah betul kentut boleh menyalakan api?
Betul, tetapi banyak orang cedera dalam proses ini. Bukan sahaja api boleh menyambar kedalam punggung, malah pakaian sendiri j uga boleh terbakar. Dalam suatu kajian dalam laman web Fartcloud, lebih kurang suku daripada bilangan orang yang cuba menyalakan kentut cedera terbakar. Ianya merupakan sesuatu perbuatan merbahaya. Jangan dicuba, anda tentu tak mahu, di hari kematian anda orang ketawa menyatakan anda mati kerana cuba untuk menyalakan kentut dengan api.
Adakah orang yang mencari rezeki dengan kentut?
Ada . Pernah tengok 'Just For Laugh' di saluran NTV7 tak lama dulu. Persembahan pentas dimana seorang lelaki menghasilkan lagu klasik dengan kentut.
Adakah kura-kura kentut?
Ya, semua binatang kentut. Kura-kura juga kentut dan bau kentut kura-kura sangat teruk. Begitu juga dengan ular. Ular Sonoran Coral dan Western Hook-Nosed kentut dengan bunyi popping yang kuat apabila diganggu. Kebanyakkan reptilia menggunakan kentut sebagai suatu senjata.
Haiwan apakah yang mempunyai pengeluaran kentut yang paling tinggi?Percaya atau tidak, binatang yang mempunyai gelaran ini ialah anai-anai. Kerana diet pemakanan dan proses penghadaman dengan bantuan bakteria yang lebih banyak dari biasa, mereka menghasilkan metana sama banyak dengan yang dihasilkan oleh industri. Juga dipercayai anai-anai turut menyumbang kepada pemanasan global.
Bolehkan kita menelan asap dan mengeluarkan semula melalui kentut?
Tidak, asap terdiri daripada zarah yang terampai. Apabila melalui sistem penghadaman, zarah-zarah akan diserap oleh dinding perut atau larut dalam cairan.
Bolehkah kita meninggalkan kesan kuning atau coklat pada seluar setelah kita kentut?
Boleh! Ianya dipanggil "seni kentut" (fart art). Ia boleh dilakukan dengan cara apabila:a) Pengentut menghidap cirit-biritb) Pengentut cuba mengentut dengan sekuat hati (awas! - buasir)c) Pengentut keliru dengan tekanan dalam perut samada ianya tekanan daripada gas atau cairan.Bagaimanakah kita boleh tahu benda yang hendak keluar itu adalah gas, dan bukannya benda yang lebih hebat?Sebenarnya kita boleh membezakannya kerana telah dilatih sejak kecil lagi. Sensasi yang ingin keluar dapat dibezakan dengan mudah.
Adakah dengan menghidu bau kentut orang lain, kentut kita akan menjadi lebih busuk?
Tidak, kentut yang dihidu akan ke paru-paru daripada sistem penghadaman, dan ianya akan dikeluarkan semula. Jika anda mahu, cubalah telan gas kentut orang lain.
Adakah kentut mampu membunuh?
Menurut pendapat perubatan, kentut tidak boleh membunuh. Tetapi menurut suatu sumber, dalam Perang Dunia ke-2, Tentera Udara US menganggarkan sebanyak 1000-2000 orang mati disebabkan kentut. Ini disebabkan pesawat pengebom B-17 tidak ditekanankan (pressurized), jadi apabila ianya beroperasi dalam 20000 kaki, gas akan mengembang dan memecahkan intestine mereka.
Apakah yang menyebabkan rasa pedih selepas kentut?
Makanan yang pedas dan berempah.
Bolehkah kita menyimpan gas kentut didalam balang/bekas plastik?
Ini memerlukan eksperimen dilakukan oleh anda sendiri. Sila kentut dalam balang. Selepas 24 jam sila cuba mendapatkan orang lain untuk menghidunya. Seeloknya ahli keluarga yang lebih tua. Kalau kena lempang tu adalah...
Jika kita berada di angkasa lepas tanpa sebarang pakaian, adakah dengan kentut kita boleh bergerak kehadapan?
Ya! kerana ketiadaan daya yang melawan atau daya geseran.
Adakah pelik bagi seseorang itu suka akan kentut?
Ianya sesuatu yang biasa bagi seseorang itu untuk suka kentut memandangkan semua orang kentut. Menyukai sesuatu adalah perkara yang sihat. Jika ianya memberikan masalah dan kemurungan, sila berjumpa dengan doktor.
Jika kita kentut dalam kolam, adakah airnya akan tercemar?
Selagi yang keluar adalah gas dan bukannya benda lain, ianya bersih. Ianya gas dan akan keluar dalam bentuk buih dan meresap kedalam udara.
Posted by Mienuya... at 7:29 AM 0 comments
Panggilan Allah hanya 3 kali sahaja...
Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah........aku bertanya pada Ibu. "Ibu, kataku, ada cerita apa yang menarik dari Umrah....?" Maklum, ini pertama kali aku ber Umrah.Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya.Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel di mana saya bergabung untuk Umrah di bulan July 2007 yang lalu. Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah. Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumaat di depan Kabah. Jadi aku punya kesempatan untuk bertanya tentang Umrah. Ibu berkata..."Shinta, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup.."Keningku berkerut........."Sedikit sekali Allah memanggil kita..?" Ibu tersenyum. "Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?" Saya menggelengkan kepala."Panggilan pertama adalah Azan", ujar Ibu. "Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak "cepat marah" akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti".Saya terpekur.....mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan solat kerana meetinglah, mengajarlah, dan lain lain. Masya Allah.......
** Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi , saya sujud bertaubat pada Allah kerana kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya.....Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram dan berniat.........Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam............**
Posted by Mienuya... at 4:49 AM 0 comments
Sunday, August 23, 2009
Selamat Berpuasa..
Sama-samalah kita memohon maaf & memaafi antara satu sama lain, semoga esok kita dapat menjalankan ibadah puasa dengan tenang, khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T. INSYAALLAH.
Posted by Mienuya... at 9:21 AM 0 comments
Cuti Pertengahan Semester Sudah Berakhir...
Posted by Mienuya... at 8:27 AM 0 comments
Friday, August 7, 2009
Semalam Tension..Hari ini Aku Meluahkan segalanya..
Posted by Mienuya... at 1:22 AM 0 comments
Tuesday, August 4, 2009
Inilah Saya...
Sebenarnyekan...aku ni pantang kalau ade kamera...
Mesti nk amek gambar..cian kat org yg pegang kamera ni...huhuhu...
Majlis Pertunangan Kak Long aku..
Jadinye aku tumpang le sekaki..hehehe..
cian abg ak kne pakse amek gambar aku yg cute ni..hehe..
Ni gambar mase sem lps..Baru abis kelas wajib jabatan..Pastu aku n si kecik tgh tggu bas pulak nk p API..subjek elektif..Ye xske tau amek gmbr aku..lantak la..yg pnting aku suke..haha..
Ni pulak gambar mase Pameran Seni..
Lawo kan aku post..kuang3..:-D
Cukup la ek...hehehe...klu nk lg byk sgt la...Tp yg penting aku mmg suke edit gambar..bese ak gne photoshop..picasa..n..software utk edit gmbr yg sedia ada..ok lah..tata..:-)
Posted by Mienuya... at 7:50 AM 0 comments
Aku yang baru...??
Posted by Mienuya... at 6:52 AM 0 comments